Sejarah SMKBA

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1923 oleh W.C. Horley dan dikenali sebagai Government English Secondary School (GESS),Tapah. Tapak asalnya ialah di SK (1), Jalan Hospital, Tapah dan telah berpindah ke tapaknya sekarang di Jalan Kelab pada tahun 1958.Pendaftaran Peperiksaan Junior Cambridge pertama pada tahun 1926 diikuti Senior Cambridge Pertama Tahun 1952. Antara tokoh-tokohberwibawa yang pernah menjadi pengetua sekolah ini sepertiTan Sri Abdul Hamid Khan, Tuan Syed Shaidali, Encik Edward Foster Lee dan Encik Gathiresam Pillai. Di bawah pentadbiran mereka keadaan sekolah bertambah baik. 

Semasa meletus perang Pasifik,sekolah ini telah diambilalih oleh pihak Jepun.Sepanjang pemerintahan Jepun sekolah ini telah ditadbir oleh Encik Collin Campbell dan Encik Kandavanam. Menjelang tahun-tahun kemerdekaan, iaitu pada tahun 1952 di bawah pentadbiran Encik Sarjan Singh sekolah ini telah dipindahkan dari tapak lama iaitu dari tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Tapah ke tapak yang sedia ada sekarang dengan nama Government English Secondary School. Dalam tahun 1957 Encik Utam Singh , Pengetua pada ketika itu merupakan tokoh yang bertanggung-jawab membawa sekolah ini menjuarai Hoki Merdeka. Selepas kematian beliau,Encik Neon Thean Chye dari Raffles Colege menggantikan beliau pada tahun 1958. 

Kehadiran Tuan Haji Alias Mohamed bin Haji Abdul Ghani pada tahun , 1971 seorang graduan lepasan Universiti Malaya telah membawa perubahan yang besar. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Di atas kesungguhan beliau juga sekolah ini telah memulakan kelas tingkatan enam aliran sains pada tahun 1975 diikuti pada tahun 1976 kelas tingkatan enam aliran sastera. 

Menjelang tahun 1976, sekolah ini telah memiliki bangunan yang lengkap seperti bilik-bilik kemahiran Ekonomi Rumah Tangga, Makmal Fizik, Makmal,Kimia,Makmal Biologi dan bengkel Kemahiran Hidup. Di samping itu empat buah bangunan asrama telah didirikan untuk kemudahan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. 

Pada tahun 1977, sempena perayaan Jubli Perak dan bersesuaian dengandasar pelajaran kebangsaan maka nama sekolah ini digantikan dengan nama baru SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUYONG ADIL, TAPAH. bersempena nama tokoh sejarah tempatan yang tidak asing lagi iaitu Haji Buyong B. Adil yang disempurnakan oleh Dato\' Abdul Rahman B. Yaakob, Menteri Pelajaran Malaysia.